Himpunan Jutaan Belia 4,000 Pekerjaan Ditawarkan

by Harian Malaya on 25 May, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Himpunan Jutaan Belia 4,000 Pekerjaan Ditawarkan ! Kementerian Sumber Manusia menerusi menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam menawarkan 4,000 peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya di Hari Belia di Putrajaya semalam.

Himpunan Jutaan Belia yang akan berakhir Ahad ini telah disertai sebanyak 35 buah majikan swasta memberi peluang kepada belia sama ada lepasan ijazah, diploma atau sekolah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan taraf pendidikan masing-masing.

Himpunan Jutaan Belia

“Mereka boleh menjalani temuduga di sini dengan membawa dokumen-dokumen berkaitan. Malah ada yang terus ditawarkan peluang pekerjaan selepas ditemuduga,” katanya selepas merasmikan Pameran Kerjaya di sini, hari ini.

Dr Subramaniam juga menasihatkan golongan belia, terutamanya bukan graduan supaya tidak terlalu kerap bertukar kerjaya dalam tempoh yang singkat kerana ia akan memberikan persepsi buruk majikan terhadap mereka.

Bagaimanapun, katanya, senario itu jarang berlaku di kalangan graduan kerana mereka amat menghargai pekerjaan yang diperolehi yang bersesuaian dengan taraf pendidikan mereka.

Pandangan forblogger pula, sesuatu ataupun peluang yang memberikan kebaikkan pastinya tidak akan dilepaskan oleh seseorang kerana pasti mereka mahukan yang terbaik buat diri mereka sendiri.

Himpunan Jutaan Belia 4,000 Pekerjaan Ditawarkan - forblogger | Pendidikan |

5.0

Previous post:

Next post: