Isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy didakwa dari ini di mahkamah kerana mengaku mengandung anak luar nikah dan dituduh mengugut suaminya itu dengan ugutan mahu menggugurkan anak di dalam kandungannya jika anak tersebut adalah anak Jimmy Shanley.

Menurut Jimmy Shanley dia menerima pengakuan dari isterinya itu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya yang masih berjudi.
“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,” kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Menurut Jimmy Shanley lagi dia sudah berkali-kali menasihati isterinya itu termasuklah meminta isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapa. Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan 5 alasan mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.
Jimmy Shanley telah menfailkan tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

{ 3 trackbacks }