Johan Raja Lawak Diboikot

by Malaysia Kini on 26 May, 2012

in Info Artis

Share:

Johan Raja Lawak Diboikot ? Ramai peminat Johan kini mula memboikot Johan gara-gara dia memainkan isu sensitif di dalam video yang disiarkan di Youtube baru-baru ini.

Johan Raja Lawak Diboikot

Artis Komedi Paling Popular

Johan Raja Lawak merupakan seorang yang bukan asing dalam industri hiburan. Tidak hairanlah juga baru-baru ini dia telah menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABPH) .
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan mengejar kerjaya seninya itu, timbul pula kontroversi yang membabitkan diri beliau. Johan atau nama betulnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz telah dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, menyebabkan kemarahan penyokong Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi Facebook fanpage – ‘Kami Boikot Johan Raja Lawak‘, sebagai tanda tidak puas hati peminat Johan keatas tindakan beliau. Majoriti  mendesak agar Johan tampil memohon maaf di atas perlakuannya yang dianggap menyentuh isu sensitif orang ramai.

Terkejut dengan khabar itu, Ozlyn isteri kepada Johan yang juga merupakan pelakon, meminta agar perkara ini tidak diperbesarkan lagi. “Kami tidak tahu-menahu kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan takde bagi tahu apa-apa kepada saya pasal ni. Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui perkara ini. Jadi, saya belum berani memberikan sebarang kenyataan lagi. Lagipun kami masih belum menonton video itu” ujarnya.

Ozlyn sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan sewaktu membuat persembahan. Akan tetapi ada kalanya, Johan gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan yang spontan.  Ozlyn yakin bahawa suaminya itu tidak mempunyai sebarang agenda melainkan semata-mata untuk menghiburkan peminat sahaja. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: