Kereta Yuna DiPecah, Kerugian RM5,000

by Harian Malaya on 19 May, 2012

in Info Artis

Share:

Kereta Yuna diPecah, Kerugian RM5,000 ! Kereta penyanyi Yuna dikatakan telah dipecah oleh 2 orang perompak, Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 5.00 pagi di Subang Jaya diwaktu hujan lebat. Anggaran kerugian yang Yuna alami ialah sekitar RM5,000.

Kereta Yuna Kena Pecah

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi itu, pencuri itu melarikan set radio kereta dan gitar baru milik seorang artis yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi. Menurut Twitter Yuna, gitarnya berada dalam keadaan selamat di rumah. Yuna berasa sedih dan terkilan dengan kehilangan barang-barang tersebut.

Kejadian itu berlaku sewaktu hujan lebat apabila mereka terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta dan memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.

Semoga Yuna tabah menghadapi peristiwa ini dan  terus bersemangat dalam menghasilkan karya seni bermutu tinggi dan mengharumkan industri seni tanah air.

5.0

Previous post:

Next post: