Lee Chong Wei mungkin dirawat luar negara ok? Akibat kecederaan buku lali jaguh badminton ini, Lee Chong Wei mungkin akan dirawat di luar negara. Ini usaha agar beliau sempat beraksi pada kejohan Olimpik nanti.
“Kami akan melakukan yang terbaik buat Lee Chong Wei untuk memastikan beliau pulih sebaik mungkin.
“Sekiranya tiada alternatif terbaik untuk membantu tidak mustahil kami akan membawanya di luar negara untuk cuba dirawat disana pula.
“Kami berharap semua rakyat Malaysia turut mendoakan semoga pemain badminton harapan Malaysia ini segera pulih sebelum beraksi di kejohanan Olimpik nanti,” jelas beliau.
Datuk Dr Ramlam Abdul Aziz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) berkata, walaupun laporan awal daripada doktor yang merawat Chong Wei di Wuhan hanya mengambil masa tiga atau empat minggu, namun keputusan itu akan ditentukan selepas Chong Wei menjalani rawatan lanjut.
“Buat masa ini masih dan sukar dan terlalu awal untuk tentukan tahap kecederaan beliau. Tetapi gambaran yang diberikan untuk pulih dalam tempoh berkenaan adalah munasabah dan akan digunakan sebagai panduan.
“Walaubagaimanapun kita akan dapat gambaran yang lebih tepat selepas menerima laporan imbasan ujian Magnetik Resonance Image (MRI)
nanti,” jelas beliau pafa sidang media semasa menyambut kepulangan Chong Wei di KLIA.
Menurut Dr Ramlan, pihaknya memerlukan masa satu atau dua hari untuk membuat keputusan berhububg rawatan yang diperlukan selepas mendapat keputusan laporan MRI tersebut.
“ISN juga akan turut meminta bantuan daripada beberapa pakar lain termasuk fisioterapi dan juga pakar tulang untuk berusaha membantu Chong Wei mengembalikan kecergasannya,” tambah beliau.
Kelmarin, Chong Wei terpaksa menarik diri dari meneruskan persaingan ketika menentang Denmark, Peter Hoeg Gade dalam pusingan Kumpulan C.

