Lelaki Koma Membaca Al Quran!

by Harian Malaya on 24 May, 2012

in Info Agama

Share:

Lelaki Koma Membaca Al Quran! Satu kisah benar yang terjadi di negara Jordan, seorang imam muda yang kemalangan lalu koma dan perlu melalui satu pembedahan.

Perkara ajaib yang berlaku ke atas lelaki tersebut ialah, sejurus keluar dari bilik pembedahan lelaki tersebut membaca Al Quran dalam keadaan masih koma.

Lelaki Koma Baca Al Quran

Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Begitulah yang berlaku jika Allah mahukannya berlaku, kadang2 ianya adalah peringatan kepada kita yang masih sihat supaya menilai sendiri akan kejadian alam yang Allah telah ciptakan.

Lelaki Koma Membaca Al Quran – Forblogger |Agama|

<Lihat Video Lelaki koma itu disini>

“sumber”

5.0

Previous post:

Next post: