Lisa Surihani berhenti berlakon drama pula? bukan kerana yusri halang kerjaya Lisa Surihani berhenti berlakon drama. Ikuti temubual dibawah.
Selepas mendirikan rumahtangga dengan pengarah, penyanyi serta pelakon Yusry Abdul Halim, pelakon jelita Lisa Surihani nampaknya tidak putus-putus menerima tawaran lakonan. Beliau baru saja selesai penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’. Lisa hari ini bakal menjalani penggambaran sebuah drama siri 15 episod iaitu ‘Di Manakah Juwitaku’ untuk Astro Ria.
Ketika ditemui, heroin filem ‘Papa I Love You’ ini mengejutkan ramai apabila beliau membuat kenyataan, “Kemungkinandrama inilah akan menjadi drama siri terakhir saya berlakon. Saya hanya mahu berlakon filem dan itupun saya akan lebih memilih. Saya hormat tenaga kerja disebalik pembikinan drama bersiri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang agak lama,” ujar Lisa menafikan Yusry kesayangannya itu menyekat kerjayanya selepas perkahwinan.
“Ini bukanlah atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik juga. Walau bagaimanapun, tengok pada keadaan dan rezeki nanti. Jika sudah tertulis untuk buat, saya akan jalankan juga tanggungjawab saya.”

