M. Nasir Terharu Sertai Imam Muda!! M. Nasir atau nama penuhnya Muhammad Nasir M Yakub Ismail merupakan salah seorang peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga setelah diumumkan oleh pihak penerbit rancangan tersebut tempoh hari.

M. Nasir, 26, merupakan satu-satunya peserta antarabangsa berasal dari Indonesia yang menyertai program Imam Muda pada kali ini. Menurut pihak Astro Oasis rancangan Imam Muda kali ini berlainan dengan edisi yang lepas kerana penyertaan turut dibuka bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara seperti Thailand, Kemboja, Brunei dan Indonesia.

Program Imam Muda musim ketiga akan mula bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam di saluran Astro Oasis. Kami dari pihak Forblogger mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terpilih untuk menjadi peserta akhir Imam Muda kali ini.
