Malaysia Belum Mampu Sediakan Pendidikan Percuma! Malaysia masih belum mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga ke IPT, ujar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malaysia bukan seperti negara Finland dan Denmark yang menyediakan pendidikan percuma sehingga ke tahap pendidikan tinggi. Beliau berkata, pendapatan per kapita penduduk di negara ini cuma di sekitar RM25,000, berbanding Finland RM138,000 dan Denmark RM176,000.
“Pendapatan tinggi negara berkenaan itu secara tidak langsung membolehkan yuran pengajian peringkat tinggi dihapuskan melalui pembiayaan cukai yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1 Belia 1 Kemahiran dan Rakan 4Biz sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.
Mohamed Khaled juga menambah, jumlah pelajar pengajian tinggi di Finland adalah sekitar 169,000 orang dan Denmark 241,000 berbanding 1.1 juta pelajar di negara ini. Satu angka yang cukup berbeza.
Pembayaran kadar cukai juga agak tinggi negara-negara tersebut, seperti di Finaland yang mengenakan antara 6.5 peratus dan 30 peratus, manakala negara Denmark pula pada kadar 36.57 peratus dan 55.4 peratus dan Malaysia pula sehingga 26 peratus sahaja.
Malaysia Belum Mampu Beri Pendidikan Percuma – Forblogger | Pendidikan |

