Mark Zuckerberg Disaman Kerana Tipu Pelabur

by Malaysia Kini on 25 May, 2012

in Info Terkini

Share:

Mark Zuckerberg Disaman Kerana Tipu Pelabur ? Mark Zuckerberg, pengasas Facebook disaman sebanyak $1.8 bilion (RM9 bilion) kerana didakwa menipu pelabur selepas pengapungan saham syarikat itu di pasaran saham tampak mengecewakan.

Mark Zuckerberg Disaman Kerana Tipu Pelabur

Mark Zuckerberg didakwa memberi amaran kepada pelabur besar mengenai ramalan kejatuhan harga saham Facebook, tetapi tidak memaklumkannya kepada orang awam.

Hal terbabit telah membolehkan beberapa pelabur tertentu yang mengambil kesempatan menjual saham Facebook mereka sebelum harga jatuh sementara yang lain melihat saham mereka merosot sebanyak sepertiga daripada nilai sebelum itu.

Saman telah difailkan di New York terhadap Zuckerberg dan eksekutif kanan Facebook oleh syarikat guaman Amerika Syarikat, Robbins Geller. Zuckerberg sebelum ini telah menjadi antara orang paling kaya di dunia pada usia 28 tahun apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, saham Facebook yang diapungkan itu telah jatuh dari $29 (RM145) Jumaat lalu kepada $20 (RM100) minggu ini.

Saman berkenaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Manhattan , mendakwa tertuduh iaitu Mark Zuckerberg dan eksekutif kananya telah memberitahu secara rahsia kepada beberapa pelabur terpilih mengenai kebimbangan mereka, seterusnya membolehkan pelabur terbabit menjualnya secepat mungkin pada harga yang sangat menguntungkan.  - Forblogger | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: