Mawi Buat Majlis Akiqah Anak

by Harian Malaya on 24 May, 2012

in Info Artis

Share:

Mawi Buat Majlis Akiqah Anak! Sedar tak sedar Cahaya Malika, anak perempuan sulung Mawi dan Ikin sudah pun berusia 3 bulan, cepat benar masa berlalu.

Forblogger dimaklumkan satu majlis akiqah akan diadakan untuk Cahaya Malaika pada hari Ahad ini di rumah pasangan tersebut. Bagaimanapun butiran terperinci tidak dapat diperolehi.

Mawi Buat Majlis Akiqah Anak

Pagi semalam, bertempat di banglo mewah pasangan itu di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, Mawi dan Ekin bersama anak mereka buat pertama kali hadir dalam sesi fotografi eksklusif untuk sebuah akhbar.

Sebelum ini, Mawi dan Ekin pernah muncul di khalayak ramai ketika perkahwinan anggota kumpulan Elite, Azza, bagaimanapun anak mereka Cahaya Malaika tidak dibawa bersama.

Ketika berita kelahiran Cahaya Malaika, Mawi hanya mengedarkan gambar mereka berdua tanpa Ekin yang memohon tidak dirakamkan wajah kerana masih dalam pantang.

Mawi Buat Majlis Akiqah Anak -forblogger

5.0

Previous post:

Next post: