Mayat Bayi Ditemui Dalam Periuk ? Perkara ini telah menggemparkan seluruh penduduk Kampung Seri Ladang , Rengit baru-baru ini selepas pihak polis menemui mayat bayi di dalam sebuah periuk.
Sepasang suami isteri panik mencari anak mereka yang hilang, terkejut dan bingung selepas anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka Jumaat lalu dalam keadaan tidak sudah tidak bernyawa.
Bayi baru berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar , ditemui polis di dalam periuk dalam kabinet dapur dalam keadaan tidak bernyawa. Ayah kepada bayi , Noor Salleh berkata, pada hari kejadian waktu 8 pagi, Iskandar sedang lena dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.
Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak. Seketika kembali dari dapur, dia panik kerana anaknya hilang dari buaian. Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.
Selepas berusaha mencari, mereka akhirnya buntu walaupun dibantu oleh jiran-jiran mereka. Akhirnya, pasangan ini membuat laporan polis untuk membantu mereka. Sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di kediaman mereka sebelum memeriksa setiap bahagian.
Pemeriksaan lanjut telah berjaya menemukan mayat bayi itu didalam kabinet dan bayo tersebut telah mati didalam periuk. Ketua Polis Daerah Batu Pahat , Din Ahmad telah mengesahkan kejadian berkenaan.
“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Forblogger mengesyaki bahawa peristiwa ini berkaitan dengan pembunuhan yang tidak sengajakan menyebabkan kematian bayi. Agak mustahil untuk bayi itu untuk mati sendiri kerana baru berusia 2 bulan. Ibu bayi masih dalam pantang dan kemungkinan meroyan. Kesan pecah masuk rumah tiada dan laporan agak mencurigakan seperti tiada motif apa-apa dan misteri bagaimana bayi itu boleh ditemui dalam periuk yang berada didalam kabinet. Perkara ini agak mencurigakan. – Berita Terkini.


{ 1 trackback }