Nabila Malu Jadi Bohsia

by Harian Malaya on 22 May, 2012

in Info Artis

Share:

Nabila Malu Jadi Bohsia! Nabila Huda dilaporkan malu dan segan apabila menonton kembali filem lakonannya pada majlis Tayangan Eksklusif, filem Jalan Kembali: Bohsia 2 baru-baru ini.

Nabila akui berasa segan kerana sebagai seorang ibu kepada anaknya, Keisha Laila, 2 tahun, lakonannya itu takut disalah erti oleh masyarakat dan berasa bimbang tidak diterima.

Nabila Malu Jadi Bohsia

“Segan juga bila menonton aksi liar saya sebagai perempuan bohsia dalam filem ini kerana sudah lama rasanya saya tidak beraksi seperti itu dan kali terakhir pun hanya di filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.

“Lagipun, ketika mula untuk kembali berlakon dalam Bohsia 2 ini, saya baru sahaja lepas menimang cahaya mata yang ketika itu begelar isteri serta ibu.

“Terus-terang ketika itu saya sudah mula rasakan saya seperti tidak sesuai lagi untuk membawakan watak liar seperti ini,” katanya.

 

Nabila kini masih lagi dalam proses permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Filem Jalan Kembali Bohsia 2 menampilkan pelakon yang popular dan mantap, antaranya ialah Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin, dan Hertty Serlene.

Nabila Malu Jadi Bohsia- Forblogger|Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: