Najib dan Anwar Perlu Berdebat . Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib perlu berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim untuk menjernihkan keadaan dan mencari satu konklusi yang diterima semua pihak.
Debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini diantara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia bakal menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU – 13 nanti .
Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar Anwar dan Najib agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menerangkan rangka dasar parti masing-masing sebelum menjelangnya PRu – 13.
“Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 pula di UK, dan di negara kita pula, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar dapat muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum,” pinta beliau sebelum menutup Debat Sinar Harian yang berlangsung dengan jayanya.
Cabaran yang dilemparkan beliau itu telah disambut baik oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang jumlahnya sekitar 400 orang hadirin. Debat Sinar Harian yang berlangsung selama 90 minit itu telah menyentuh soal “Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi”.
Pagi tadi, Anwar sekali lagi telah mencabar Najib untuk berdebat secara umum mengenai pilihan raya bersih dan adil. Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbicaraan atas pertuduhan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu .


