Ogy Ahmad Daud Ganti Dira

by Harian Malaya on 5 May, 2012

in Info Artis

Share:

Ogy Ahmad Daud Ganti Dira dalam Melodi!! Betul ke berita yang Ogy Ahmad Daud bakal menggantikan Dira? Sehingga hari ini kita masih belum tahu punca Dira direhatkan daripada mengacara rancangan kegilaan ramai Melodi.

Ogy ganti Dira di MELODI

Selain TV3 sendiri, gandingan Dira iaitu Zizan Razak juga enggan mengulas lanjut mengenai isu ini bila ditanya. Hal ini kerana Zizan tidak mahu mengganggu dan masuk campur urusan peribadi Dira. Bagi Zizan, adalah lebih baik untuk berdiam diri dan menghormati hak peribadinya.

Bagaimanapun esok 6 Mei, Zizan bakal digandingkan dengan pengacara popular Ogy Ahmad Daud. Beliau yang satu masa dulu pernah menjadi pengacara Melodi, kini tampil sekali lagi melalui rancanga tersebut jam 12.30 hari esok.

Persoalannya, adakah Ogy Ahmad Daud akan dipilih menjadi pengacara tetap bagi menggantikan Dira atau hanya sementara selama Dira direhatkan? Hal ini tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak TV3 ataupun pihak Melodi sendiri.

Sebelum ini, Zizan pernah digandingkan bersama Awal Ashaari, Wahid, kali ini bersama Ogy Ahmad Daud dan bakal diganding bersama Sarimah Ibrahim pula.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Melodi esok 6 Mei pada jam 12.30 tengah hari bersama Zizan dan Ogy Ahmad Daud.

5.0

Previous post:

Next post: