Olimpik,Rakyat Malaysia Jadi Hakim Dalam Sukan Gimrama

by Harian Malaya on 28 May, 2012

in Info Sukan

Share:

Olimpik,Rakyat Malaysia Jadi Hakim Dalam Sukan Gimrama! Rezeki… begitulah apabila salah seorang rakyat Malaysia telah dilantik secara rasmi menjadi hakim didalam sukan Gimrama Olimpik London, Julai nanti.

Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) telah memberi penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia, Paramaspathy Iyakkanoo dengan melantiknya menjadi hakim bagi acara gimrama pada temasya Sukan Olimpik di London 2012.

Rakyat Malaysia Jadi Pengadil Gimrama Olimpik 2112

N. Shanmugarajah, Setiausaha kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF)  berkata, Paramaspathy merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Gimrama kebangsaan dan berpengalaman selama 20 tahun sebagai hakim acara tersebut.

“Pengiktirafan pegawai teknikal dari Malaysia itu dapat membantu MGF untuk menyediakan lebih ramai pegawai yang diperlukan dan menetapkan arah tuju gimnas negara,”.

Paramaspathy dijangkakan akan mengadili acara gimrama FIG Brevet kategori 2 semasa temasya di London yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

Semoga berjaya menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia – Forbloggger | Sukan

5.0

Previous post:

Next post: