Pelajar Paling Pintar Selesaikan Teori Sir Isaac Newton! Teka-teki yang dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, telah diselesaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.
Pelajar bernama Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang selama ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh pakar fizik.
Hasil penyelesaian pengiraan Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.
Beliau yang merupakan anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan teori yang rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.
Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata. Semoga ke”genius”an budak ini dapat dicambahkan dan seterusnya menyumbang kepada ketamadunan dunia kita .

