Pelajar tidak perlu bayar PTPTN !! Sekian lama pelajar tidak perlu bayar PTPTN dalam erti kata percuma dengan syarat apabila mendapat keputusan baik kelas pertama dalam pengajian.
Bahang panas PTPTN belum lagi berakhir dan berkemungkinan agak ‘cool down’ sedikit selepas PRU 13 berlangsung. Malah isu ini dijadikan topik debat di antara Khairy Jamaludin vs Rafizi Ramli hari ini.
Sekiranya anda masih sempat menonton debat tersebut boleh klik link [Siaran Langsung Debat PTPTN 2012] ini.
Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda sebagaimana yang termetrai di syarat pinjaman secara bertulis.
Datuk Ismail Mohamed Said selaki pengerusi PTPTN mengatakan ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di Bandar Tun Razak, Pahang semalam.
Di majlis tersebut, kesemua seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.
Datuk Ismail berkata untuk kemasukan pelajarIPTA di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu dan membabitkan kos sejumlah RM49 juta.
Bagi negeri Pahang pula, sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.
Sehingga 31 Disember lalu, 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta ujarnya lagi.
Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam Menurut beliau.
Selain itu, sejak 31 Mac lalu : seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, jelasnya lagi sebelum mengakhiri temubual.
- Bernama.
Berita Related : Gambar Demontrasi Mansuh PTPTN.

