Pemuda PAS Himpun Depan NST Desak Minta Maaf

by Malaysia Kini on 25 May, 2012

in Info Politik, Info Terkini

Share:

Pemuda PAS Himpun Depan NST Desak Minta Maaf. Kira-kira 100 orang Pemuda PAS berhimpun depan pejabat akhbar New Strait Times (NST)  bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang menuduh “Nik Aziz bapak kafir”.

Pemuda PAS Himpun Depan NST Desak Minta Maaf

Pemuda PAS Mempertahankan Hak

Pemuda PAS mendesak agar pihak Akhbar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang menghina dan mengatakan Mursyidul Am PAS sebagai Bapa Kafir. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan itu dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu yang lalu.

“Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dikeluarkan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik. Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah dinyatakan dan kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut,” terang Kamaruzzaman Muhammad.

Menurut Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah lagi perlu diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak  mengambil sebarang tindak balas seperti mana yang kita mahukan. Sementara itu pula, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewaktu berucap menegaskan akan mengambil tindakan lanjut jika NST masih berdiam diri.

Menurut mereka lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh NST itu bersikap biadap serta jijik. Pihak NST juga mengambil sikap tidak bertanggungjawab. Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.

Forblogger berharap agar akhbar professional seperti NST tidak menjadi seperti keanak-anakan. Diminta agar pihak NST memberi sebarang maklum balas dan meminta maaf kepada pihak berwajib.

 Pemuda PAS Himpun Depan NST Desak Minta Maaf  - Politik | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: