Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah : Cuepacs

by Harian Malaya on 27 May, 2012

in Info Riadah

Share:

Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah : Cuepacs! Adakah benar kenyataan Ceupacs yang mengatakan kakitangan awam ataupun penjawat awam di Malaysia tak mampu untuk membeli rumah sendiri?

60 peratus kajiselidik dari Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati bahawa penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah

Jaapar Mansor, Setiausaha Kewangan Cuepacs berkata, keadaan itu akan berlanjutan selagi kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

“Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau juga berpendapat, kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga selaku Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

“Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu,” katanya .

Ceupacs sedang dalam proses  melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Beliau turut berkata, Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu.

Kongres itu juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB)

Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah : Cuepacs | Forblogger | Info Riadah

5.0

Previous post:

Next post: