Piala Thomas-Malaysia Gagal Mara Separuh Akhir

by Malaysia Kini on 23 May, 2012

in Info Sukan

Share:

Piala Thomas-Malaysia Gagal Mara Separuh Akhir. Pasukan badminton Malaysia gagal melayakan diri ke separuh akhir Piala Thomas selepas kalah di tangan China 3-0. Pada perlawanan suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, Malaysia telah kalah sebanyak tiga perlawanan berturut-turut.

Piala Thomas-Malaysia Gagal Mara Separuh Akhir

Piala Thomas

Pada perlawanan perseorangan pertama menyaksikan Daren Liew melakukan kejutan terhadap Lin Dan dengan kemenangan 17-21 di set yang pertama. Selepas itu, Lin Dan kembali bangkit menewaskan Daren di set kedua 21-9 dan menang di set penentuan dengan catatan 21-5.

Pasangan beregu negara pula, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong juga kalah kedua-dua set kepada Cai Yun dan Fu Haifeng dengan kiraan 21-17 dan 21-18 sekalipun kedua-dua mereka memberi saingan sengit kepada beregu China itu di set kedua.

Manakala pada perlawanan terakhir, perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim dilihat dapat menyalakan impian negara tetapi musnah apabila beliau tewas mudah kepada Chen Long. Chen Long menang kedua-dua set dengan catatan 21-10 dan 21-11.

Kali terakhir skuad negara kita menjadi juara Piala Thomas ialah pada tahun 1992 di Stadium Negara selepas menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir.

Piala Thomas-Malaysia Gagal Mara Separuh Akhir  – Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: