PLKN Wajib Kepada Semua Lepasan SPM

by Harian Malaya on 25 May, 2012

in Info Pendidikan, Info Riadah

Share:

PLKN Wajib Kepada Semua Lepasan SPM! Satu cadangan baru telah diusulkan oleh  Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk mewajibkan semua lepasan SPM menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ini.

Datuk Dr. Tiki Lafe sebagai Pengerusi PLKN berkata, syor itu dibuat kerana pihaknya mendapati PLKN merupakan program berkesan dalam mendisiplinkan golongan remaja yang menyertainya.

PLKN WAJIB SEMUA LEPASAN SPM

“PLKN merupakan program yang lengkap. Ia mengajar mengenai disiplin, tentang sejarah kerajaan, sistem pentadbiran kerajaan dan sehingga kini maklum balas yang diterima, sambutan daripada ibu bapa serta individu untuk menyertai program ini cukup memberangsangkan.

“Ini telah memberi dorongan kepada kita (Anggota Majlis MLKN) untuk syorkan kepada kerajaan supaya mewajibkan program PLKN,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Kem PLKN Hijrah, di Penor di sini hari ini.

Pihak forblogger juga menyambut baik cadangan yang disarankan oleh pengerusi PLKN ini. Selain dari mendidik, mendisiplin program ini juga mampu menerapkan semangat persahabatan,kenegaraan dan keagamaan kepada peserta itu sendiri.

Bagaimana pun usaha untuk menambah baik keatas semua aset dan modul yang sedia ada perlu dilakukan agar tiada lagi isu kes kematian pelajar semasa menyertai kursus tersebut.

PLKN Wajib Kepada Semua Lepasan SPM – forblogger | Pendidikan | Info Riadah

5.0

Previous post:

Next post: