QPR Ke Sabah Pada Pra Musim Julai 2012! Kelab Queens Park Rangers (QPR), menerusi pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes telah mengesahkan akan membawa pasukan itu ke Malaysia untuk Jelajah Pra-musim pada Julai ini.
Tan Sri Tony Fernandez dikatakan telah mengumumkan keputusannya itu menerusi laman Twitter beliau.
“Untuk semua rakyat di Sabah dan Timur Malaysia, kita membawa QPR ke Kota Kinabalu. Semua pasukan pergi ke Kuala Lumpur. Kami di AirAsia tidak lupa pada semua yang telah memberi sokongan kepada kami,”
Laman web rasmi QPR juga mengesahkan mereka akan mengadakan Jelajah Asia di Thailand pada 10 Julai ini dan menentang skuad Pilihan Sabah di Stadium Likas pada 18 Julai ini.
QPR merupakan salah satu kelab yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dalam divisyen satu Liga Perdana Inggeris selain dari Cardiff City.
QPR Ke Sabah Pada Pra Musim Julai 2012- Forblogger | Sukan |

