RM1.1 Juta Untuk Pingat Emas London 2012

by Harian Malaya on 29 May, 2012

in Info Sukan

Share:

RM1.1 Juta Untuk Pingat Emas London 2012! RM 1.1 juta disediakan untuk atlet Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas Olimpik London 2012, oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama sektor korporat.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan mana-mana atlit negara yang meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 bakal menerima imbuhan RM 100,000 daripada RM 1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

1.1 Juta Pingat Emas London

Tawaran yang diberikan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) ini boleh menaikkan semangat para atlet untuk merangkul emas pertama.

“Sumbangan RM100,000 ini juga adalah satu permulaan baik dalam mengeratkan hubungan Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pihak swasta,” kata Ahmad Shabery pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara TM, MSN dan MOM bagi kempen TM yang dinamakan Team Malaysia.”

“Ini juga satu lagi kejayaan usaha membabitkan pihak swasta dalam membantu kerajaan memaju dan membangunkan sukan Negara,”

“Mungkin selepas ini kita mengharapkan sektor korporat memberi tawaran bagi pingat perak dan gangsa juga. Saya tidak boleh mendedahkan lagi nama syarikat yang menyatakan minat itu tetapi syarikat itu adalah sebuah syarikat besar yang terkenal,” katanya

MoU itu dimeterai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzairani Mohd Isa bagi pihak TM, manakala MSN dan MOM masing-masing diwakili Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.

MoU tersebut diadakan bagi memulakan kempen sukan TM yang dinamakan Team Malaysia yang bertujuan menghimpunkan sokongan peminat sukan di Malaysia kepada atlit negara tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan umur.

Selain itu, MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayat jika ada atlet negara berjaya memenanginya.

1 Juta Untuk Pingat Emas London 2012 – Forblogger | Sukan

5.0

Previous post:

Next post: