Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan ? Para peminat gadget pastinya ternanti-nantikan Samsung Galaxy S3 yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 29 Mei 2012 nanti. Samsung S3 dijangka menjadi Telefon yang paling pintar sekali sehingga mengalahkan Iphone 4s dan Samsung Notes sendiri.
Dalam tempoh hanya beberapa hari dari tarikh pelancaranya di seluruh dunia, Samsung telah menerima sebanyak 9,000,000 pre-order untuk telefon pintar Galaxy S3 . Angka ini dengan jelas menunjukkan bahawa Samsung semakin maju dan kian mendominasi pasaran telefon pintar . Pada masa ini syarikat telekomunikasi seperti T-Mobile, AT & T di Amerika Syarikat dan Vodafone di UK menawarkan pre-orders untuk Samsung Galaxy S3.
Kilang pengeluaran Samsung Galaxy S3 dikhabarkan beroperasi dengan kadar maksimum untuk menyediakan 5 juta unit Samsung Galaxy S3 masa sebulan. Manakala Samsung Galaxy S2, telefon pintar keluaran Samsung sebelum ini telah terjual lebih daripada 20 juta unit sejak pengeluarannya tahun lalu.
Dengan screen yang lebih besar (4.8 inci paparan), kuasa yang lebih kuat (1.4 GHz Exynos 4 Quadcore processor) dan lebih bijak (bertindak balas kepada jari, suara dan pengesanan mata), Samsung S3 ini berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk mengalahkan angka jualan Samsung Galaxy S2.



{ 1 trackback }