Scha Al Yahya Kini Sah Isteri Awal Ashaari

by Black Hat on 4 May, 2012

in Info Artis

Share:

Scha Al Yahya Kini Sah Isteri Awal Ashaari wow !! tahniah buat dua mempelai yang baru sahaja beberapa ketika Scha Al Yahya Kini Sah Isteri Awal Ashaari.

Scha Al Yahya Kini Sah Isteri Awal Ashaari

Hanya sekali lafaz, pelakon comel Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, yang lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) bersama pasangan mempelainya personaliti tv, Ahmad Awaluddin Bin Ashaari, alebih glamour dengan Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside, tepat jam 9:17 malam tadi berserta mas kahwin berjumlah RM2050 tunai.

Pasangan mempelai ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 jemputan terdiri daripada kaum keluarga terdekat  kedua pasangan pengantin ini selain wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 8:40pm dengan upacara ceramah berkaitan rumah tangga yang diberikan oleh jurunikah. Scha tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal bergitu segak mengenakan baju Melayu moden. Kedua-dua pasangan ini mengenakan rekaan Saiful Bahri.

9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek. Namun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Seterusnya hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan lebih kurang 1500 tetamu.

Awal dan Scha akan berbulan madu di New York bermula 8 hingga 18 Mei 2012 kerana pengantin perempuan sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana. Scha dan Awal berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat, Amin.

5.0

Previous post:

Next post: