Shahrizat Bebas Skandal NFC? Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Baru-baru ini Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengumumkan, pihak mereka akan menutup siasatan pemberian pinjaman sebanyak RM250 juta kepada Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Keputusan tersebut dibuat selepas siasatan PPO SPRM mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa oleh bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu terhadap syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya itu.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup. Beliau menyatakan bahawa Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.
Kesinambunga isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas. Suaminya sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Seksyen di sini atas dua tuduhan khianat melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.
Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Rafizi Pengarah Strategi PKR , beliau menyatakan sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
