SMS Ugut Saman Kamal Adli Dari MIG

by Malaysia Kini on 25 May, 2012

in Info Artis

Share:

SMS Ugut Saman Kamal Adli Dari MIG ? Baru-baru ini nama David Teo kembali panas apabila didakwa menghantar SMS ugutan saman kepada Kamal Adli dan mewajibkan pelakon itu hadir ke tayangan bersama media untuk filem “Aku Ada, Kau Ada?”.

SMS Ugut Saman Kamal Adli Dari MIG

Kamal Adli

Akan tetapi, Kamal Adli yang baru di hubungi baru-baru ini mengakui bahawa beliau ada mendapat SMS tersebut tetapi bukan datang daripada David Teo sendiri seperti yang didengari sebelum ini.

“Ya, saya ada menerima SMS yang mengatakan mereka hendak saman saya jikalau tidak dapat hadir. Tetapi sms tersebut bukan dari David Teo . Dan, tidak ada apa-apalah,” kata Kamal Adli dimana dia kini sedang berada di Jakarta.

Kamal Adli menjelaskan lagi bahawa SMS tersebut datang daripada salah seorang pegawai dari pihak pengurusan MIG . Kamal menganggap perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan kembali keadaan David Teo yang sebelum ini dihentam oleh Saiful Apek. Akan tetapi, masih timbul persoalan, dari mana pegawai MIG terbabit mendapat arahan ? Forblogger tidak menuduh David Teo yang memberikan arahan walaupun secara tidak langsung dan berharap agar gosip-gosip seperti ini dapat ditangkis dan tidak diambil serius.

SMS Ugut Saman Kamal Adli Dari MIGHiburan

5.0

Previous post:

Next post: