Suki Tuntut RM 367 Ribu ! Suki, juara One In A Million 2006 dikatakan menuntut RM 367 Ribu dari sebuah syarikat rakaman kerana dikatakan melanggar janji.
Sebuah syarikat rakaman iaitu, Galaxy Music Sdn Bhd didakwa telah melanggar janji yang membabitkan pemasaran album penyanyi Suki di Taiwan dengan anggaran RM367,000.
Suki dilaporkan kecewa dengan syarikat rakaman yang pernah dinaunginya sejak 2009. Syarikat tersebut sepatutnya memasarkan album Suki, Ladies Night ke pasaran Taiwan namun mereka gagal dikatakan berbuat demikian. Album tersebut hanya dipasarkan di dalam negara sahaja.
“Mengikut perjanjian yang dibuat, pihak Galaxy berkata, pembikinan Ladies Night sememangnya khas untuk pasaran di Taiwan, namun setakat ini ia hanya dijual dalam negara sahaja.
“Ketika ditanya mengenai perkembangan album tersebut, mereka memberi pelbagai alasan dan menangguhkan perancangan asal seperti yang dibincangkan sebelum ini.
“Dan apabila ia ditangguhkan, segala perancangan berkaitan promosi di Taiwan tidak dapat dilaksanakan,” ujarnya.
Memandangkan buat masa sekarang Suki mempunyai masalah dengan Galaxy, segala aktiviti beliau di Taiwan terpaksa dihentikan buat seketika.
Suki juga berasa lebih kecewa apabila wang yang dilaburkan itu adalah sebahagian dari wang kemenangannya yang berjumlah RM1 juta pada pertandingan One In A Million yang lalu(OIAM).
“Apabila memenangi jumlah wang yang besar, harapan saya adalah hanya ingin menggunakan hadiah tersebut untuk pelaburan karier.
“Malang sekali, hal ini pula yang timbul dan saya sangat kecewa dan berharap supaya wang itu dapat dikembalikan,” katanya.
Perbicaraan kes Suki akan bermula Isnin ini dan dijadualkan berjalan sehingga Khamis. Suki memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari 2010.


{ 1 trackback }