Sultan Johor Pembida Tertinggi WWW1 ! Sultan Johor telah dikenal pasti sebagai antara pembida tertinggi no plat WWW1 yang telah dibuka tendernya tempoh hari.
Kalau diikutkan data dibawah ini, Sultan Johor adalah pemegang nombor WWW1 kemudiannya diikuti oleh beberapan nama yang memegang no WWW1 sehingga angka WWW20.
Terdahulu, dalam entri Forblogger sebelum ini berkenaan dengan nilai bidaan WWW1 mencecah RM520,000 merupakan rekod tertinggi bidaan nombor plat di Malaysia.
Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW telah dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada hari Isnin (hari ini), dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.
Pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju.
Sultan Johor Pembida Tertinggi WWW1 – Forblogger | Berita Terkini

