Tablet 1 Malaysia Pad ok? review seringkasnya detail dan gambar tablet 1 Malaysia pad yang dipasarkan dengan harga Rm999.
Tablet 1 Malaysia Pad diperkenalkan oleh MalTechPro Sdn Bhd tepat pada masanya tatkala masyarakat dunia masa kini cenderung dengan gadget eloktronik dan internet. dibawah adalah secara ringkas review tablet 1 Malaysia Pad.
Tablet 1 Malaysia Pad Review
1. Harga tablet 1 malaysia pad RM999 terhad kepada 999 orang terawal.
2. Touch Screen.
3. kemudahan 1Malaysia Messenger - aplikasi seakan WhatsApp dan Blackberry Messenger (berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara).
4. Menggunakan sistem operasi Android Gingerbread
5. Skrin sentuh seluas 7 inci.
6. Kamera bahagian belakang 3.0 megapixel.
7. Kamera bahagian hadapan 0.3 megapixel.
8. Bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH.
9. Ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB.
10. Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa mendapat diskaun istimewa.
11. Material luaran tampak seperti tablet produk dari China.
Namun Tablet 1 Malaysia Tab berhadapan dengan saingan gergasi pengeluar produk elektronik berkualiti dan lebih diyakini sedia ada di pasaran tempatan seperti Samsung dan Hyundai. Ini pastinya membuat pegguna lebih menelusi ciri-ciri dari pelbagai sudut dipadankan dengan wang kocek yang akan dibelanjakan. Adakah pilihan anda tablet 1 malaysia tab ?


{ 2 trackbacks }