Terperangkap Dalam Lif, Linda Rafar Cemas

by Harian Malaya on 28 May, 2012

in Info Artis, Info Terkini

Share:

Terperangkap Dalam Lif, Linda Rafar Cemas ! Buat seketika, suasana cemas menyelubungi Linda Rafar apabila terperangkap 10 minit di dalam lift di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, Linda Rafar dan anak ketiganya, Syed Rezzaqiib, 4, ingin turun ke aras bawah, selepas menghantar dua anak lelakinya yang lain iaitu Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain boling.

Linda Rafar Terperangkap Dalam Lif

“Selepas menghantar anak saya bermain boling di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur.

“Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Menurut Linda, saat paling menakutkan apabila lampu lif tersebut terpadam dan itu telah membuatkan dia berasa lebih panik, tambahan pula anaknya pula dikatakan semakin lemah kerana kesukaran bernafas.

“Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap memberitahu lif itu sering bermasalah sehingga ada kejadian ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya.

“Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu,” ujar Linda.

Kejadian tersebut telah membuatkan Linda trauma untuk menggunakan kemudahan itu. Tambahnya, dia lebih sanggup naik tangga atau eskalator pada masa akan datang dari menggunakan lift.

“Baru saya faham bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam lif. Bila kawan-kawan saya melalui pengalaman begitu sehingga rasa trauma untuk masuk lif, saya sering menganggap ia satu benda yang remeh.

“Namun, apabila saya merasainya sendiri, barulah saya faham, ia mampu membuatkan kita cemas dan tak tentu arah.

“Mujurlah ada beberapa orang lagi yang terperangkap, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir cara untuk menyelamatkan diri,” tuturnya.

Linda dikatakan tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan pusat membeli belah itu, namun berharap orang ramai berhati-hati apabila menaiki lif.

Terperangkap Dalam Lif, Linda Rafar Cemas – Forblogger | Berita Terkini | Hiburan |

5.0

Previous post:

Next post: