Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

Tomok menangis lihat isteri bersalin ok? berkahwin sejak 1 julai tahun lalu syukur kini dah bercahaya mata dan Tomok memberitahu media bahawa beliau menagis ketika melihat isteri bersalin di depan mata.

Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

Tomok

Pemenang OIAM iaitu Tomok mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa lalu.

Shah Inderawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Tomok berkata, anaknya lahir dengan seberat 3.33 kg itu masih belum diberikan nama namun cukup bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila lahirnya zuriat saya dan isteri juga anak dalam keadaan sihat.

“Lebih bererti lagi bila saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak dari awal serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna buat saya dalam detik awal menjadi seorang ayah,” katanya kepada Berita Harian.

Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin Anak

Gambar Anak Tomok

Tambah Tomok, dia sedar bahawa tanggungjawabnya kini adalah lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa.

“Sebagai seorang lelaki, saya kena tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Dalam kesibukan dengan kerjaya Hiburan, saya juga akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga.

“Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata pada masa itu.

“Inilah adalah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai,” katanya.

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

Leave a Reply