UMNO saman Guan Eng ? Mahkamah Tinggi semalam telah menetapkan bahawa pada 11 Jun nanti bagi keputusan sama ada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman boleh meneruskan samannya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tiga lagi pihak lain.
Hakim yang mengadili kes tersebut, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan yang demikian selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak berhubung bantahan peguam, Karpal Singh yang mewakili Guan Eng bahawa Zainal Abidin tidak boleh mewakili UMNO kerana beliau tidak diisytihar secara rasmi.
Zainal Abidin telah diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yonoos telah memfailkan saman itu pada 24 Oktober 2011 dengan menamakan Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku pemilik laman berita online Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyunting, Fazallah Pit sebagai defendan.
Beliau telah menuntut RM30 juta ganti rugi seperti, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan sebagai satu injuksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus-menerus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah lagi.
UMNO saman Guan Eng – Forblogger | Politik

