Wardina Safiyyah Terima Panggilan Lucah? Pelakon dan pengacara TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 32, telah menerima panggilan berunsur lucah dari seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dipercayai lelaki tempatan dan beragama Islam.

Walaubagaimanapun, Wardina telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan berharap pemanggil misteri tersebut akan dapat dikesan identitinya.

Mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali pagi semalam, Wardina Safiyyah berkata;
“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,”
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).
“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan”
