Watie dan Joey Dedah Tarikh Pernikahan Sebenar? Setelah hampir 5 bulan berteka-teki, akhirnya pasangan suami isteri yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada penghujung tahun lepas akhirnya mendedahkah tarikh pernikahan sebenarmereka yang sebelum ini dirahsiakan.

Pasangan suami isteri yang kedua-duanya bergelar artis dan pelakon itu telah berjanji kepada pihak media dan para peminat akan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka yang dilangsungkan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan dari pihak media. Sempena majlis resepi perkahwinan mereka semalam, Watie menunaikan janjinya dengan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka iaitu pada 22 Disember tahun lalu. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwakilkan adik kandung Watie, Mohd Nur Azli Sadali dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dari kedua-dua pihak.

Apa yang uniknya, menurut Watie dia sendiri tidak tahu hari tersebut merupakan hari pernikahannya dengan Joey kerana ianya dilakukan secara mengejut. Pihak keluarga Watie dan Joey telah berbincang untuk menikahkan mereka berdua tanpa pengetahuan tuan punya badan iaitu Watie. Joey sendiri tidak memberitahu Watie tentang majlis pernikahan mereka.
Dalam Majlis Resepi yang berlangsung di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir tersebut, turut diraikan ialah kawan karib Watie iaitu Azza Elite dengan pasangannnya Azlan Zulaily. Dalam kesempatan tersebut Watie Elite meminta maaf kepada pihak media dan peminat sebelum ini Watie dan Joey tidak mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka.

{ 1 trackback }