WWW 1 Bidaan Bernilai RM520,000

by Harian Malaya on 24 May, 2012

in Info Terkini

Share:

WWW 1 Bidaan Bernilai RM520,000! Tinggi…paling tinggi dalam rekod bidaan nombor pendaftaran Malaysia apabila nombor WWW 1 dibida dengan nilai RM520,000.

WWW 1 Bernilai RM520,000

Untuk rekod, sebelum ini nombor MCA 1 memegang rekod bidaan paling tinggi di Malaysia dengan nilai bidaan sebanyak RM300,100.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata nombor siri WWW ini juga telah mencipta rekod tersendiri, sejumlah 13 bidaan yang telah diterima dan berjaya adalah bernilai melebihi RM100,000 manakala tiga daripadanya bernilai lebih dari RM300,000. Jumlah keseluruhan pembida nombor WWW 333 pula  ialah 84 orang.

“Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

4,908 nombor dalam siri WWW telah dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa apabila nombor siri WWW ini dibuka untuk pendaftaran kelak.

Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada hari Isnin nanti, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju.

“Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.

“Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan,” 

Makin ramai orang kaya dalam Malaysia ni, tapi belum mampu kalahkan pak arab yang membuat catatan bidaan no pendaftaran tertinggi di dunia iaitu jutawan Saeed Abdul Ghaffar Khouri, Abu Dhabi dengan nilai bidaan RM43.7 juta……tetapi adakah itu keperluan atau kemahuan?

WWW 1 Bidaan Bernilai RM520,000- Forblogger | Berita Terkini |

5.0

Previous post:

Next post: