Zahida Tolak Dakwaan Bekas Pemandu

by Malaysia Kini on 17 May, 2012

in Info Artis

Share:

Zahida Tolak Dakwaan Bekas Pemandu! Zahida Rafik, pelakon yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet oleh bekas pemandunya Noor Azman menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Zahida Tolak Dakwaan

 

Zahida yang dikaitkan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menganggap dakwaan bekas pemandunya Noor Azman sebagai seorang yang pembohong.

“Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

“Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,”

Menurut pemandu Zahida.. Noor Azman, hubungan mereka menjadi tegang setelah dia membuat pendedahan yang Zahida mempunyai hubungan dengan lelaki lain kepada Shafie. Beliau berkata demikian ketika di satu sidang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dayangku Intan seorang penyanyi diera tahun 90an dilaporkan turut hadir ketika sidang tersebut, beliau juga adalah ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini telah diminta membuat laporan polis, yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia sebagai pemandu kepada Zahida Rafik dikatakan dibayar oleh menteri terbabit. Beliau turut mendakwa, menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Bekas pemandu Zahida tersebut diberitakan telah meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan dikatakan telah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000  milik Zahida.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan dianugerahkan enam orang anak, menafikan dakwaan yang dibuat oleh Noor Azman.

Turut dilaporkan, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah. Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi.

Zahida Tolak Dakwaan Bekas Pemandu ~ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: