Zed Zaidi Presiden Baru SENIMAN

by MediaKini on 26 May, 2012

in Info Artis

Share:

Zed Zaidi Presiden Baru SENIMAN? Zed Zaidi, artis yang paling lantang menyuarakan pandangan demi memperjuangkan hak artis-artis Malaysia kini secara rasminya telah dilantik sebagai Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) bermula hari ini.

Mesyurat Agung yang dijalankan hari ini telah bersetuju melantik Zed Zaidi sebagai Presiden SENIMAN menggantikan Harun Salim Bachik yang merupakan mantan Presiden. Sebelum ini, Harun Salim Bachik telah menyuarakan keinginan beliau untuk menarik diri dan tidak mahu lagi bertanding dalam pemilihan jawatan kuasa akan datang.

Zed Zaidi dilihat sebagai pengganti beliau yang sesuai disebabkan kelantangannya dalam memperjuangkan hak golongan artis di negara kita. Antara isu yang pernah dibangkitkan oleh Zed Zaidi sebelum ini adalah masalah kebanjiran artis dari luar dan penggunaan cermin kereta gelap untuk golongan artis.

Kami dari Forblogger mengucapkan tahniah kepada Zed Zaidi dan mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tugas sebagai Presiden SENIMAN yang baru dengan amanah dan jujur. - Zed Zaidi Presiden Baru SENIMAN

5.0

Previous post:

Next post: