Zizan Dilayan Macam Anak Sultan – KL Zombie? Bila pulak Zizan dilayan macam anak sultan nih? Mungkin itulah persoalan yang timbul di fikiran pembaca semua.
Sebenarnya, Zizan berkata demikian sewaktu sidang media KL Zombie yang diadakan pada hari terakhir penggambaran filem tersebut di Nilai.
“Pihak Grand Brilliance telah menjaga saya di set dengan sangat baik, macam layanan anak Sultan”
Zizan ketika itu, turut memberitahu yang beliau amat berterima kasih dan rasa sungguh berbesar hati dengan tawaran memegang watak sebagai Nipis bagi filem KL Zombie yang diadaptasi dari novel Bukufixi bertajuk Zombijaya, hasil nukilan Adib Zaini.
Menurut Zizan lagi “Pengalaman di set KL Zombie sangat berbeza dari filem-filem sebelum ini. Wataknya pun sangat unik dan tak pernah dilihat dalam filem negara kita sebelum ini. Saya harap peminat saya akan menyokong filem ini, tambah beliau.
Zizan yang ditawarkan kira-kira sebulan yang lalu bagi filem KL Zombie oleh pihak Grand Brilliance dipilih untuk watak tersebut kerana personalitinya yang bersahaja itu merupakan ciri yang diperlukan bagi memegang watak Nipis.
“Watak Nipis memerlukan seorang pelakon yang mampu mempelbagaikan karakter disamping mengekalkan personaliti yang menggeli hati, dan Zizan sememangnya memenuhi keperluan itu.
KL Zombie dijangka akan menemui para penonton pada tahun 2013 nanti.
Zizan Jadi Anak Sultan? – Forblogger | Hiburan


{ 1 trackback }