4 Juta Saman Untuk Pemandu Singapura!

by Harian Malaya on 2 June, 2012

in Info Riadah

Share:

4 Juta Saman Untuk Pemandu Singapura!

4 Juta Saman Untuk Pemandu Singapura! Berbanding dengan jumlah penduduk di Singapura sendiri, jumlah 4 juta saman yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia ke atas pemandu dari negara tersebut adalah sangat mengejutkan.

Tahun 2010, bancian menunjukkan jumlah penduduk keseluruhan di Singapura adalah seramai 5.07 juta orang. Dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan oleh PDRM sebanyak 4 juta, ternyata ianya satu angka besar yang mengecewakan penduduk di Malaysia sendiri.

Pemandu Dari Singapura

Jumlah saman 4 juta itu merangkupi saman semenjak tahun 2005, bernilai ratusan juta ringgit dan masih belum dijelaskan oleh pemiliknya sejak 2005.  Jesteru itu, Ops Warta Singapura pada setiap Jumaat yang dijalankan oleh PDRM sememangnya sangat dialu-alukan.

Forblogger berharap penduduk Singapura yang terkenal dengan disiplin di negara mereka tetap mengekalkan disiplin itu apabila memasuki negara Malaysia.

Difahamkan terdapat banyak kes dan aduan pengguna lebuhraya di Malaysia mengatakan pengguna dari negara jiran itu memandu melebihi had kelajuan terutamanya apabila memandu di lebuh raya Malaysia.

 

4 Juta Saman Untuk Pemandu Singapura – Forblogger | Info Riadah

5.0

Previous post:

Next post: