Adda Dicerai Melalui Telefon

Adda Dicerai Melalui Telefon

Adda Dicerai Melalui Telefon : Adda Vokalis kumpulan Butterfly yang juga merupakan bekas kekasih Mamat Sepah telah diceraikan melalui telefon selepas 17 hari berkahwin.

Adda Dicerai Melalui Telefon

Adda di Majlis Perkahwinannya baru-baru ini

Adda sendiri mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui semalam semasa menghadiri majlis tayangan istimewa filem ‘Mael Lambong’.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” jelas Adda.

Menurut Adda yang baru berkahwin 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan tetap menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja. Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dan redha dengan apa yang berlaku.  - Forblogger | Hiburan

Malaysia Kini

Hi Malaysia Kini adalah Admistrator di webberita.com, dan SEO Warrior + Social Manager di forblogger.net news portal. Malaysia Kini juga adalah salah seorang Repoter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

Leave a Reply