Adik Neelofa Langkah Bendul

 

Adik Neelofa Langkah Bendul : Terbaru di ishtiharkan adik Neelofa langkah bendul setelah berumahtangga dahulu sebelum kakaknya aktres jelita itu.

Adik Neelofa Langkah Bendul

Adik Neelofa Langkah Bendul

Ketawa besar pelakon dan pengacara jelita, Neelofa ini tatkala diusik adiknya, Noor Nellisa, lebih dulu naik pelamin berbanding dirinya.

Neelofa yang ditemui pada majlis persandingan Noor Nellisa, 21, di Hotel Royale Bintang, Damansara, Rabu lalu, menyatakan itulah ketetapan jodoh yang harus diterima dengan gembira.

Menerima satu set barangan kemas sebagai ‘adat langkah bendul’, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 23, sangat bersyukur kerana adiknya itu bertemu jodoh dengan seorang usahawan berjaya, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.

“Saya sangat seronok melihat kebahagiaan adik saya dan suaminya pada malam ini. Mereka berdua sangat secocok dan ada persefahaman yang kuat antara satu sama lain sejak awal perkenalan lagi. Semua ikatan ini diatur oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan tidak sangka, mereka sampai juga ke jenjang pelamin. Saya lega kerana adik saya mendapat seorang suami yang penyayang untuk memimpinnya ke alam rumah tangga.

Ditanya mengenai bilakah agaknya dia mahu menamatkan zaman bujang, Lofa yang sedang digosip menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengarah teater, Hans Isaac hanya mampu tersenyum sipu malu.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran atau memikirkan sangat soal itu kerana semuanya masih di peringkat awal untuk diceritakan. Saya ada prinsip diri dan sentiasa memandang jauh untuk mencorak masa depan saya. Jadi soal perkahwinan masih jauh lagi.

“Hubungan kami sebagai sahabat yang rapat memang baik, tapi semuanya belum ke tahap perbincangan serius. Hans sendiri begitu sibuk dengan projek filem dan teaternya dan begitu juga dengan saya,” kata Lofa yang sebelum ini muncul dalam filem Azura 2012 dan siri Tahajjud Cinta.

Aktres peramah ini ternyata sangat sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan selain terikat dengan komitmen selaku pengacara program majalah wanita, Nona di TV3.

“Bagaimanapun, sejak mengendalikan Nona, saya mula mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan pula. Saya menerima undangan mengendalikan majlis-majlis korporat dan rasmi sehingga ke Sabah. Ia benar-benar memberikan kepuasan kepada saya,” ujar Neelofa.

Lofa akui keluarga adalah inspirasi terkuat untuknya terus memandang ke depan dan terus membantu Lofa menempa kejayaan. Forblogger mendaokan agar jodoh Neelofa dipercepatkan oleh Ilahi. Semoga Neelofa terus giat berkecimpung didalam industri hiburan.

 

 

Leave a Reply