Aishah Sertai Pas di Himpunan Hijau! Kebelakangan ini terdapat beberapa golongan artis yang mula berani menyatakan pendirian mereka berkenaan dengan parti politik, terbaru ialah Aisyah yang menyertai Pas di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Semasa berucap di pentas tersebut, Aisyah sempat menyeru Pas supaya bersabar dalam mentarbiyah golongan artis dan membimbing mereka untuk selamat di dunia dan akhirat.
Dia juga meminta supaya Pas memberi sedikit penerangan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.
“Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.
“Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.
“Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al-Quran dan hadis,”
“(Selama) 25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas Pas dan membuktikan ‘Pas for everyone’,” katanya.
“Bila Pas sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini.”
Selain dari beliau, turut berada disitu ialah seorang lagi selebriti TV Al-Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu dan turut bersama-sama berucap di pentas Pas.
Muhamad Zaid yang berasal dari Sarawak dikatakan bertekad mahu menjadi salah seorang golongan artis yang memperjuangkan Islam.
Aisyah Sertai Pas – Forblogger | Politik



{ 2 trackbacks }