AJK Pemandu BERSIH 2.0 DiSerang: Seorang lelaki yang merupakan AJK Pemandu Bersih 2.0 diserang oleh 5 orang lelaki ketika sedang berjogging
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 pagi, Chin Huat Wong seorang AJK pemandu BERSIH 2.0, 39, cedera di kepala selepas diserang di Taman Kanagapuram, Seksyen 18,Petaling Jaya semalam.
Penyerang dilaporkan menggunakan topi keledar dan beliau telah ditumbuk oleh lima lelaki menaiki motosikal. Huat Wong berkata, dia dikepung dan berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan diri tetapi gagal selepas terjatuh.
“Saya dipukul bertubi-tubi dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya memberi wang.
“Lima pemuda tersebut beredar selepas saya tidak memberikan wang kepada mereka,” katanya.
Akibat serangan tersebut, beliau terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan membuat laporan polis dipondok polis PPUM.
Chin Huat Wong yang juga seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya bermotifkan politik kerana penyerang tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menyamun.
Beliau turut berasa hairan dengan tindakan penyerang kerana tidak memeriksa badannya selepas diberitahu tidak mempunyai wang walaupun dia mempunyai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed turut mengesahkan menerima laporan tersebut. Menurut beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan samun dan pihaknya akan menjalankan siasatan.
AJK Pemandu Bersih 2.0 Di Serang @ Forblogger | Info Riadah

