Album Baru The Best of KRU

by Malaysia Kini on 30 June, 2012

in Info Artis

Share:

Album Baru The Best of KRU : Kumpulan KRU yang cukup popular pada zaman 90-an melalui lagu-lagu sepertiAwas, Apa Saja dan Untuk Mu telah menjadikan mereka sebuah nama yang gah dalam industri hiburan.

Kini, KRU muncul dengan album baru, album The Best of KRU barangkali adalah antara hadiah istimewa mereka untuk para peminat kerana semua lagu hit mereka sejak awal kemunculan sehingga kini telah dimuatkan dalam sebuah album sama.

Mendengar album ini dapat mengimbau kenangan pendengar bersama tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry selain transformasi muzik mereka yang berjaya mengangkat industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi.

Sejujurnya The Best of KRU adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh semua peminat setia kumpulan itu.

Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut adalah Awas, Negatif, Jangan Lafazkan, Ooh! La! La!, Getaran Jiwa, Perpisahan Terasing, Mengerti, Balada Hati, More Than Forever, dan The Way We Jam. Persembahan dari KRU dalam album ini benar-benar mantap dan boleh diberikan rating sehingga 4/5. – Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: