Almy Nadia Nyaris Maut Akibat Apendiks

Almy Nadia Nyaris Maut Akibat Apendiks

Almy Nadia Nyaris Maut Akibat Apendiks : Aktres jelita Almy Nadia yang nyaris maut akibat apendiks pada tahap kritikal  bernasib baik kerana beliau sempat menjalani pebedahan.

Almy Nadia Nyaris Maut Akibat Apendiks

Menurut Almy Nadia, penyakit apendiks di tubuh beliau yang nyaris membawa maut itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa terdekat ianya akan mengakibatkan jangkitan dan seterusnya membawa maut.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, menurutnya beliau mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada tengah malam 23 Mei lalu sehingga menyebabkan beliu ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) untuk pembedahan segera.

“Semua itu berlaku secara tiba-tiba. Bermula pada malam 23 Mei lalu saya mengalamai sakit perut yang sangat teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor mendapati apendiks saya sudah bernanah teruk.

“Masa itu saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks tersebut hampir pecah jika saya lewat sehari sahaja ke hospital. Syukurlah semua sudah selamat dan kini keadaan saya beransur sembuh selepas hampir dua minggu saya selesai menjalani pembedahan,” ujarnyanya ketika dihubungi di sini.

Almy Nadia yang kini menjalani proses berpantang untuk tempoh tiga minggu berkata, selain menekankan aspek pemakanan dia juga perlu berhati-hati dalam pergerakannya yang perlu dibataskan.

“Menurut doktor, saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk dan proses sama juga dijalni pesakit lain yang selesai menjalani pembedahan apendiks. Tetapi ibu saya nasihatkan agar berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya.

“Dalam tempoh berpantang ini, saya wajib menekankan pengambilan jenis makanan yang tidak pedas selain memilih makanan berkhasiat. Paling penting saya harus kawal pergerakan agar tidak lasak sebab maklumlah saya ini tidak boleh duduk diam sangat.

“Saya sangat trauma dan kesakitan akibat pembedahan itu namun keadaan beransur pulih kini. Walau sakit dan sukar mana sekalipun pergerakan saya, kerjaya hrus diteruskan kerana saya dlah anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung,” jelasnya.

Ditanya mengenai satu persatu musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu antaranya patah jari kaki, dugaan dalam percintaan, sakit misteri dan apendiks, Almy menganggapnya sebagai ujian Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.

“Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya ini adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan segala dosa yang pernah saya lakukan,” jelasnya.

Terbaru, Almy Nadia kini kembali dengan kerjaya Hiburan dan baru saja memulakan penggambaran bagi telefilem Hari Raya yang berjudul Sebelum Raya dengan arahan Zulkifli M Said untuk ditayangkan di sebuah saluran televisyen.

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Almy Nadia Nyaris Maut Akibat Apendiks

Leave a Reply