Anak disiram air panas kerana tak bangun : Ibu berang, lalu anak disiram air panas kerana tak bangun dari lena untuk bersiap pergi kerja.
Berang kerana si anak tetap berdegil tidak bangun daripada lena selepas dikejutkan, seorang ibu bertindak menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air yang panas.
Dalam kejadian di rumah mereka di Tudan jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan juga bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
Sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

