Anak VVIP DiDakwa Kerana Serang Peninju Negara : Seorang anak VVIP di dakwa di mahkamah sesyen kerana tuduhan menyerang seorang peninju negara.
Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.
Kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan tersebut pada tarikh 6 Mei 2012 pada jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek dengan menggunakan senjata tumpul.
Kedua-dua tertuduh kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.
Anak VVIP DiDakwa Kerana Serang Peninju Negara


{ 1 trackback }