Anzalna Lantik Peguam, Tidak Akan Mohon Maaf : Anzalna tidak akan memohon maaf kepada Neelofa. Beliau juga telah melantik seorang peguam berkenaan dengan kes ini.
Peguam yang di lantik Anzalna, Fakhrul Azman adalah peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu, beliau akan mula mengendalikan kes ini dan juga semua yang berkenaan dengan tuntutan Neelofa.
Dalam pada itu, Anzalna juga menjelaskan masih belum menerima sebarang notis tuntutan dari Neelofa dan tidak akan menurut tuntutan tersebut. Menurut Anzalna,
Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.
Apabila ditanya adakah beliau menyesal dengan kenyataan tersebut,
Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.
Anzalna juga masih menegaskan yang cerita beliau sampaikan kepada wartawan Zubir itu bukanlah cerita untuk public, malah beliau telah berpesan berkali-kali kepada wartawan tersebut supaya tidak memuatkan didalam akhbar demi menjaga nama baik semua pihak.
Nampaknya kes mereka ini masih belum selesai lagi, mungkinkah akan ada pihak yang akan turun naik mahkamah nanti?

